Sabtu, 11 Februari 2012

ASAS DOH PIZZA

Jadi , hari ini kita akan cuba membuat asas untuk doh pizza..Di , bawah saya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat doh pizza....

Bahan untuk membuat kerak pizza yang sederhana tebal :

  • 1/2 auns (15 g ) yis segar atau 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 cawan air suam ( 250 ml ) 
  • 2 cawan ( 300 g ) tepung roti + extra , untuk mendebukan tangan dan permukaan tempat kerja
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak zaitun jika ingin ditambah 
Bahan yang diperlukan untuk membuat kerak pizza tebal :
  • 3/4 auns ( 25 g ) yis segar atau 2 sudu teh yis segera
  • 1 1/3 cawan ( 300 ml ) air suam
  • 3 cawan tepung roti + extra ,  untuk mendebukan tangan dan permukaan tempat kerja
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak zaitun jika ingin ditambah
Saya telah menyediakan dua resipi untuk asas doh pizza.Jadi , kita akan mula membuatnya...

Dalam sebuah mangkuk kecil , taburkan yis ke atas air panas dan kacau untuk melarutkannya. Tunggu sehingga 5 minit sehingga yis mula mengeluarkan buih .
 

.
Ayak tepung . Tuang tepung ke dalam mangkuk .  Bina bentuk timbunan dan buat satu lubang di tengah-tengah tepung.
Tuangkan yis tadi ke tengahnya .
Masukkan minyak zaitun ,jika tidak ada minayak zaitun tukarkannya dengan minyak sawit
Gaulkan tepuyng dan yis tadi sehingga menjadi sebati
Taburkan sedikit tepung ke atas permukaan . Tuangkan doh tadi ke atas meja kerja . Uli tepung selama 8-10 minit . Uli sehingga  doh tidak melekat ke jari  , dan kemudian angkat dan campak ke atas meja beberapa kali untuk membentuk gluten.
Apabila siap , doh akan menjadi lembut dan kenyal  . Letakkan doh dalam mangkuk  dan tutup dengan kain , letakkan ke tepi untuk membiarkannya mengembang selama 1 jam .

Jadi , setakat ini sahaja pembelajaran untuk hari ini . Kita akan buat kerak pizza pada hari esok sebab tangan ni pun dah lenguh menaip sampai tak larat dah... jadi , ingat temujanji kita pada hari esok tau ....ok....bye


Jumaat, 10 Februari 2012

Selamat datang ke dunia pizza dan pai saya

Hai....saya ingin memperkenalkan diri sebagai CHEF ZUL aje..... saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama para pengunjung blog ini berkenaan piza dan pai aje....lepas tu mungkin saya akan try untuk masak makanan lain-lain.....piza n pai ni kalau nak masak ada banyak caranya....cuma ianya memerlukan kemahiran yang asas lepas tu terus boleh buat ikut suka kita...FIRST,saya nak buang statement berkenaan tanggapan orang perempuan saje yang boleh masak...sekarang,kite letak jauh-jauh statement tersebut dan anggap kita sedang berkongsi ilmu....ok

Ni la contoh piza ye...
Ni pulak contoh pai yang akan dibuat
Jadi,kita akan start menimba ilmu mulai hari sabtu...11 Februari 2012....BYEEE..